Standard Kad Bisnes Peguam Wanita


Siap sudah standard kad bisnes peribadi yang seterusnya.Rekaan kali ini seperti pada kad-kad bisnes peribadi yang lain,ringkas dan elegen.Rekaan kad bisnes peribadi dengan ukuran 9cm X 5.4cm ini direka dan dicipta khas untuk wanita yang bekerjaya.Kad bisnes ini juga sesuai dijadikan kad peribadi.

Kedua-dua bahagian depan dan belakang kad hanya berlatar belakangkan warna hitam dihiasi dengan rekaan bunga berwarna putih.Sajareka memilih warna hitam sebagai latar kerana warna ini mampu menunjukkan sifat elegen pada kad ini.Manakala huruf pada bahagian logo diwarnakan dengan warna kuning terang,kerana warna ini menunjukkan sifat tegas dan waspada.


Bahagian depan kad bisnes ini menggunakan 3 jenis font yang berbeza iaitu Arial Regular bersaiz 8pt untuk tajuk atau jawatan,Aparajita Bold bersaiz 72pt untuk huruf "N" pada logo dan Messenger Pigeons Bold bersaiz 14pt untuk nama yang tertera pada kad.Pada bahagian belakang kad pula font yang digunakan ialah Arial Regular bersaiz 8pt untuk tajuk atau pangkat,Messanger Pigeons bersaiz 14pt untuk nama dan Aparajita Regular & bold bersaiz 10pt untuk details alamat,phone,dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk menjadikan standard kad bisnes ini sebagai kad bisnes pilihan,anda boleh email ke sajareka17@gmail.com untuk mendapatkan khidmat menambah,ubah nama pada details yang terdapat kad.Setiap perkhidmatan dikenakan cas sebanyak RM5 sahaja.Proses menambah dan ubahsuai kad akan mengambil masa 1sehingga 2 hari dan anda boleh mencetaknya sendiri di kedai cetak.Template fail akan diemailkan kepada anda setelah ubahsuai nama dan detail siap.

Jika anda berminat untuk mencetak kad bisnes dengan harga serendah 3sen sekeping,anda boleh layari laman web disini - CETAK KAD BISNES MURAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Template Rekaan Kad Bisnes Standard Untuk Pemilik Kedai Cermin Mata

Standard Kad Bisnes Peribadi 1