Standard Kad Bisnes Peribadi 1


Salam sejahtera rakan blogger.Pada entry  kali ini Sajareka ingin mengulas serba sedikit tentang rekaan standard kad bisnes peribadi yang baru disiapkan.Rekaan kali ini segaja dibuat secara simple dan mudah.Dengan ukuran 3.5 inci kali 2 inci,rekaan kad bisnes ini terlalu sesuai untuk dijadikan sebagai kad bisnes peribadi anda.

Muka depan kad bisnes ini hanya berlatar belakangkan warna hitam dan sedikit tompokan teknik brush seakan warna laut yang cerah.Manakala untuk bahagian belakang kad hanya menggunakan warna hitam.Huruf dan perkataan pada depan kad menggunakan font jenis Calibri Light bersaiz 18pt untuk nama dan 10pt untuk pangkat dan tajuk.Untuk huruf pada bahagian belakang kad pula Sajareka menggunakan font sama yang terdapat pada bahagian depan kad iaitu Calibri Light.Fonts bersaiz diantara 18pt dan 10pt.

Rekaan bisnes kad peribadi standard ini di reka menggunakan perisian Adobe Photoshop CC 2015.

Sedikit lain-lain perincian tentang kad bisnes peribadi 1

  • Menggunakan perisian Adobe Photoshop CC 2015
  • Menggunakan mod RGB
  • Resolusi 600 dpi
  • ukuran 3.5 inci X 2 inci
  • Huruf menggunakan font jenis Calibri Light sedikit ditebalkan huruf ( bold ) pada bahagian belakang kad

Bagi anda yang berminat untuk jadikan rekaan kad bisnes ini sebagai kad bisnes peribadi anda,anda bolehlah muat turun fail template yang telah disediak dibawah bagi memudahkan anda untuk mengubahsuai rekaan mengikut kesukaan anda seterusnya mencetak sendiri kad bisnes anda.Jika terdapat sebarang soalan atau ralat berkaitan,sila komen dibawah atau email terus ke sajareka17@gmail.com.

Standard Kad Bisnes Peribadi 1 Template Bahagian Depan - DOWNLOAD

Standard Kad Bisnes Peribadi 1 Template Bahagian Belakang - DOWNLOAD

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Template Rekaan Kad Bisnes Standard Untuk Pemilik Kedai Cermin Mata

Standard Kad Bisnes Peguam Wanita