Standard Kad Bisnes Peribadi Ringkas Wanita


Salam sejahtera rakan blogger.Siap sudah rekaan Standard kad bisnes peribadi yang seterusnya.Kad bisnes pada kali ini direka dalam gaya menegak atau vertical dengan ukuran 5.4cm kali 9cm.

Latar belakang pada bahagian depan kad bisnes peribadi ini diwarnakan dengan warna seakan-akan warna merah jambu dan ditampal dengan gambar bunga ros berwarna putih.Sesuai dengan tema dan warna kegemaran wanita.Huruf "M" pada bahagian depan kad bisnes ini pula menggunakan fonts jenis Aparajita Regular dengan saiz 80pt.Font yang digunakan untuk teks nama pula menggunakan fonts yang sama,Aparajita Regular dengan saiz 14pt.

Bahagian belakang kad bisnes ini pula,hanya diletakkan warna putih sebagai warna latar dengan huruf yang menggunakan fonts jenis Aparajita Regular dengan saiz 14pt,8pt dan 10pt.Kad bisnes ini direka khas untuk kad peribadi wanita dan sesuai untuk wanita yang bekerjaya.

Bagi anda yang berminat untuk menjadikan kad bisnes ini sebagai kad bisnes peribadi pilihan,anda boleh muat turun atau downoad fail template kad bisnes dibawah.Template kad bisnes yang disediakan hanya untuk perisian Adobe Photoshop sahaja.Anda boleh mengubah atau menambah rekaan baik rekaan dengan perisian Adobe Photoshop mengikut kesukaan dan mencetaknya sendiri.

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan mengubah dan menambah rekaan yang ada pada kad bisnes yang telah disediakan oleh Sajareka.Setiap perkhidmatan dikenakan bayaran serendah RM5 mengikut ubahsuai.Untuk sebarang pertanyaan,sila email ke sajareka17@gmail.com

Jika berminat,anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan cetak kad bisnes murah serendah 3 sen sekeping disini - CETAK KAD BISNES MURAH

DOWLOAD TEMPLATE STANDARD KAD BISNES PERIBADI WANITA BAHAGIAN DEPAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Template Rekaan Kad Bisnes Standard Untuk Pemilik Kedai Cermin Mata

Standard Kad Bisnes Peribadi 1

Standard Kad Bisnes Peguam Wanita